Thursday 30 November 2017

FAV SONG



               
NAK BELANJA SIKIT LAGU FAV AKU HARI NI . SAMBIL SAMBIL BACA BLOG AKU NI, KORANG DENGAR LA LAGU NI.

Thursday 23 November 2017

DAYS 28

     Khamis 23 November 2017. Harini gerak pergi kerja naik Honda EX5. Selalunya aku naik motor LC. Motor LC tu ada problem sikit dekat break. So ayahanda beta mengarahkan untuk menunggang motor honda tersebut. HAHAH

     Okay hari kerja relax sikit. Aku pandai pandai la buat kerja sendiri. Cikmat ada suruh buat design untuk baju seperti yang Cikmat nak la, then aku pun try buat guna canva . Ambil masa jugak la nak buat benda ni. Tapi enjoy la jugak buat benda benda gitu sebab aku suka dengan benda gitu.




TAADAAAA... Benda ni la aku buat guna canva. silalah vote Yang mana satu lebih BOOKEBABOM


Wednesday 22 November 2017

DAYS 27

Rabu 22 November 2017. okay pagi ni sambung isi alamat cikgu yang kirim buku tu semalam, so setel kerja penghantaran ke sekolah tu. And harini cikmat buatkan sarapan roti bakar untuk aku. ROTI BAKAR KAYA. Sedap... haishh sesusah je cikmat buat semua tu. segan aku. Patu cikmat buat resepi roti bakar baru letak cheese campur kaya. KAU RASA?? HAHAHH. Btw roti bakar tu cikmat yang makan. aku just makan roti bakar kaya je.


TADAAAAA.... ni la hasil air tangan cikmat. asal nya ada empat keping tau. now tinggal satu je. ini pun roti resepi cikmat yang pelik tapi (bagi aku pelik la sebab tak pernah lagi nak buat mix macam tu) HAHA Laku keras roti cikmat buat ni. jangan pandang sebelah mata. bak kata omputih simple but nice gitu.....



     hari ni dapat payment dari sekolah segamat kecil, TAPI... Buku yang sekolah tu order kami tak buat lagi penghantaran. hebat betul cikgu tu. Berani dia buat pembayaran dulu. HAHAH ada bagus nya jugak. takpayah la tertunggu tunggu payment. selalu nya sekolah akan buat nota minta then kami bagi sebut harga. Bila setuju kami bagi invois then post buku tu baru buat pembayaran Sodisebabkan cikgu tu dah bayar, aku secara tak langsung kena cari 40 buku mustread campur dengan pts masa tu jugak. nasib order sekolah ni 40 buku je. boleh la aku handle sorang.HEHE. dah cari buku tu terus balut.cuma sangkut nya alamat nak send ke sekolah tu, sebabnya service pos laju tak smpai ke situ. yang ada pun service nationwide express dengan skynet je. cikmat kata cikmat tobat nasuha dah taknak pos guna skynet sebab dulu pernah ada kes barang hilang and barang tak sampai . So ambil langkah berhati hati la lepas kejadian macam tu supaya tak berulang kembali.



ha ni la 40 buah buku yang aku cari tu. ini 40 buah takpa lagi. yang semalam tu 100 buku beb.

Tuesday 21 November 2017

DAYS 26

Selasa 21 November 2011. pagi ni tak buat apa sangat just susun buku bertimbun kat kawasan cikmat selalu buat kerja.so kemas alih ke rak yang dekat cermin . so takde la berlonggok buku kat meja meeting.

Then tiba harini cikmat ajak aku pergi tengok jualan buku dekat UKM. bukan pesta buku just jemputan daripada UKM sempena conference law amenda tah. so MBCdan ITBM dijemout ke situ. sambil sambil tu lawat la cik halim menjual buku. lagi pun ada buku yang cikmat nak beli kat ITBM tu sebab ada buku yang sekolah nak takda kat ofis. so cikmat beli la kat situ.



ni aku belanja sikit gamba haa. yang atas Trak MBC. yang bawak trak ITBM.

     Kami balik dalam tengah hari macam tu la.. cikmat just hantar aku kat ofis then dia balik makan terus. lepastu lepas zuhur , cikmat datang balik ofis. lepastu petang punya kerja aku kena cari 100 buah buku mustread and pts dalam senarai yang sekoah order. buku ni cikgu nak sebelum cuti sekolah. so nak taknak pulun la cari buku buku tu. Awalnya aku sorang je cari buku buku tu,then disebabkan banyak lagi buku  yang aku tak jumpa, satu ofis tolong carikan sekali buku buku tu. termasuk la cikmat sekali tolong. HAHA. TERIMA KASIH JASAMU DIKENANG. disebabkan benda tu nak cepat, petang tu jugak aku dengan Faiz bungkus buku buku tu walaupun dah pukul lima. So harini balik lambat 30 minit . tapi takpelah kerja punya pasal aku okay je.. itu pun nasib ada faiz nak tolong bungkus kan, kalau tak lambat la kerja aku bungkus sorang sorang.. disebabkan aku nak balik, alamat sekolah aku tak isi lagi kat easy parcel. so aku sambung esok pagi. HIHIHI.

Monday 20 November 2017

DAYS 25

Isnin 20 November 2017. Hariniaku ada belajar dengan Faiz cara nak melukis digital guna photoshop. first try kekok la nak guna btw benda tu enjoy. tapi aku still tak proper aku lukis guna benda alah board hitam tu.



Haaa benda ni laa.. Nampak macam best. Tapi kalau first time guna gigil jugak la nak guna..

Lepastu harini packing 120 buah buku untuk penghantaran ke sekolah. banyak tu tak payah cerita laa. .. Dah biasa dengan kerja kerja macam tu semenjak intern kat sini. HAHA Tapi harini Faiz tolong balut sekali . Kalau takda dia , alamatnya aku sorang jela yang kena balut 120 buah buku tu.. Takdehal la broo. 


gamba yang ni dalam proses membungkus buku buku tu.




Saturday 18 November 2017

DAYS 24

     Sabtu 18 November 2017. pejam celik pejam celik hampir sebulan dah aku kat sini. harini cikmad sampai lambat. al maklum la semalam sambut cucu baru. TAHNIAH CIKMAD.. hari handphone sendiri tak bawak sebab mama aku nak pinjam . nak pinjam camera fon tu je sebenarnya. handphone oppo kan camera dia lawa. ceyhhh promote pulak. harini jugak hari gradusi adik aku yang kecik tu, hari graduasi prasekolah je. hmm kononnya nak pergi tengok sebab dia ada buat persembahan..,tapi tula hari sabtu kerja, tak dapat nak pergi tengok, mesti comel budak budak graduasi. Next time aku pulak. tapi lambat lagi nak kena tunggu lagi setahun beb.Grad April 2019.. herh. Btw harini cikmad balik rumah awal. maka tinggal la aku bertiga dengan Faiz and Abang Hanis.

Friday 17 November 2017

DAYS 23

     Jumaat,17 November 2017. Harini target tahu dah kena buat apa. kena buat quotation.Sebab semalam aku perasan kat telegram cikgu nak order buku. Tapi sebelum tu aku setel dulu customer aku punya order beli buku seram yang aku promote kat fb kelmarin. Alhamdulillah rejeki. Okay smbung balik cerita yang cikgu order tu, masyuk weh, dia order buku untuk pss jumlah dalam RM600. Banyak kann... So harini sekali gus belajar buat quotation yang berlain. benda simple nasib boleh follow buat benda alah tu. Btw harini cikmad bawakan aku bekal bihun goreng. SEDAP WEHHH orang rumah cikmad masak. makan bihun tu saja dah boleh buat aku kenyang beb.



Haaa benda ni laa yang aku buat tiga quotation tu. Cikmad saja suruh aku belajar buat. Nanti bila cikmat suruh buat tiga quotation takde la aku pelik kenapa nak quotation banyak, biasanya satu je tapi cikgu sekolah ni minta tiga quotation nak bandingkan harga kononnya....



FAV SONG

                NAK BELANJA SIKIT LAGU FAV AKU HARI NI . SAMBIL SAMBIL BACA BLOG AKU NI, KORANG DENGAR LA LAGU NI.