Tuesday 31 October 2017

DAYS 9

     Rabu, 1 November 2017. SELAMAT DATANG KE BULAN NOVEMBER... Okay pagi ni cikmat ajar cara nak pos barang guna sistem "easyparcel" tu . Deal dengan customer .


Ni hasil kerja aku bungkus buku yang customer order. Not bad laa..

    
     Haaa lagi satu. Tak pasal pasal jadi kena jadi model untuk sewa kereta. Ikutkan malas je nak join.. Tapi da cikmat suruh jugak... haishhh follow jelaa..



     Hari ni ramai orang order buku. And harini jugak la aku, Hajar and Acap sibuk dengan posting je. Aku tolong Hajar isikan alamat alamat kat easyparcel and Acap tolong bungkuskan buku buku tu. tak sempat nak tunjuk gambar bungkusan bungkusan tu.. Elok je tengah bungkus, posman sampai. Kelam kabut la jadinya. tapi nasib baik la sempat pos semua. 

      Dan harini balik redah hujan jugak macam harintu. Kuyup beb... kita dilwale laa lagi... Haha




DAYS 8

     Selasa,31 Oktober 2017. Harini pi kerja macam biasa . Naib tak demam kena hujan semalam. antibody kuat eewaahhh. hahah. Harini kat trafic light jumpa lagi orang yang annoying haritu. Nasib la dia lambai je. Lantak pi kau la manusia... HAHAH.

     Harini sampai awal sambung susun buku yang semalam tu. Sambil sambil susun buku tu mana buku yang aku berkenan yang limited adition  tu aku terus beli kat cikmat. Tiga buku aku kutip beli ,termasuk dua buku adik aku, Frozen.

     Satu hari suntuk kerja aku duk susun buku . Jenuh jugak la nak asing asingkan ikut kategori. benda sebenarnya senang je. Just tinggal nak key in je yang aku tak buat lagi.yang lain setel da susun buku tu.


DAYS 7

     Isnin, 30 Oktober 2017, harini aku,cikmat,Faiz and Abang Anis pergi Sekolah Kebangsaan Petaling. Nervous jugak la waktu first first sampai sekolah tu. HAHAHA  tapi okay je la. aku dapat belajar benda baru. Aku dengar cikmat  terangkan pasal haiku. Abang Anis and Faiz jual buku kat van. Aku lebih tertarik jual buku di van daripada belajar Haiku. Lagipun aku dah faham dah sikit sikit pasal haiku ni.

     Macam macam kerenah aku tengok bebudak kat sekolah tu. Ada yang berlari, ada yang berkejar, yang lawaqk pun ada. " kak ada buku singgit tak?" , "kak buku ni cerita pasal apa" , "saya takot papa marah la kalau beli. Papa saya garang" macam macam lagi la yang lawak nya bila tengok bebudak ni punya telatah.



     Balik dari sekolah,cikmat bawa aku dnegan Hajar pi makan ,. Balik dari makan aku susun buku yang aku postponed aritu. Harini baru nak start buat.HAHA Nasib baik ada Ajib.Dia la yang tolong tunjuk ajar cara nak susun buku semua tu. Tak dapat nak siapkan susun buku tu sampai habis.Dapat siap kan separuh jelaa... macam biasa kerja sambung esok..

     Tapi harini balik dalam hujan.Lencun habis bila sampai rumah. Tapi best la balik masa hujan. Feeling feeling dilwale gitu.

Sunday 29 October 2017

DAYS 6

     Sabtu,28 0ktober 2017. Haishh pejam celik pejam celik hari ni dah Sabtu. rasa cepat sangat masa berlalu. Sabtu ni keja setangah hari je.Hari biasa balik pukul lima.Okay pagi sabtu ni sambung buat power point semalam tu.Tak sure la boleh siapkan hari ni ke tak. Rasa nya tak jamin siap hari ni.HAHAHHA

     Sampai ketahap bosan dah buat power point tu. Nak di edit nya , nak di crop nye lagi. Sebab tu la aku tak jamin siap benda tu hari ni. Perut pulak berbunyik. Lapoo

     Tak sabar nak balik sebab parents dah tunggu, nak balik kampung minggu ni.. YEAHHHH

Friday 27 October 2017

DAYS 5

Jumaat, 27 oktober 2017. kalau diikutkan pagi ni aku kena susun buku mengikut kategori untuk direkodkan dalam sistem. Puas jugak la aku pikir macam mana nak susun and aku postpone buat benda tu.


Buku-buku ni la aku kena susun untuk direkodkan.

     Memandangkan Cikmat tengok aku duk relax macam penganggur, Cikmat suruh aku buat power point berkaitan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh MBC . Cikmat suruh buat tu sebab dia nak buku kan satu buku tentang "PERJALAN MBC".So aku buat benda ni sampai ke petang. HAHA Sebab banyak sangat gmba nye . Nak kena susun ikut bulan and tahun.


Buat cenngini je power point tu. Ni pun baru je separuh. banyak lagi gambar yang belum buat. Esok sambung buat lagi..


     Dan aku nak pengalaman balik hari ni, aku rasa tak selesa dengan sorang mamat ni. Dia pun bawa motor juga.Bila aku bawa motor potong motor dia,dia potong aku balik. Kiranya macam berlumba lumba laa. Padahal aku bukan nak lumba dengan dia.Bila aku bawa motor perlahan dia perlahan kan motor dia,supaya aku potong dia. Eeeee... annoying gila. then sempat kenyit mata pulak tu. seram hakakkkk. aku buat bodoh jelaa. Then sampai satu simpang dia masuk simpang tu, and aku straight. Huhh.. lega hakakk. Nasib dia tak ikut aku.

Wednesday 25 October 2017

day 4

khamis, 26 oktober 2016. okay harini aku smpai ofis awal. Duduk ,then tengok whatsapp tengok cikmat suruh buat iklan promo MBC. Alang alang sampai awal tu ,aku terus la buat.


ni lah aku buat tu. cantik kan ? hahaha puji diri sendiri.

Lepas siap benda tu, sambung buat akaun semalam tu. Haaa gigih jugak la selak fail ni selak fail tu . Tapi okay laa. benda boleh handle . HAHA

 
 

Lepas dah key in tu,cikmat suruh Hajar ajar aku "point of sales (POS)". Cara nak rekod stok buku yang baru sampai. takdelah susah mana pun. Alhamdulillah boleh buat :)


Gini la rupa kena buat "Point Of Sales" tu. Takdelah rumit mana..


                   






Day 3

     Rabu,25 oktober 2017. Haa harini aku sampai dulu ofis daripada cikmat.  Selalunya kalau aku sampai, cikmat dah ada da kat ofis.

     Harini tugas aku,susun dokumen-dokumen macam invois, quotation, dan nota minta. Kena susun elok elok,asing mana dah bayar,mana belum bayar.

     Ha harini banyak sikit la kerja aku kena buat. Haih tapi takpa la,kita belajar kan. Lepas dah susun tu, aku kena key in kan data dalam excel.

     Huh banyak kerja weyh. Sampaikan rehat just makan nasi lemak cikmat belikan tu je. Dah habis key in benda tu, aku kena buat akaun duit keluar masuk syarikat tu.

     Serious weh. Tu lagi serabut. Nak kena cek satu satu. Tak senang duduk weyh. Hahaha lagi lagi pulak hajar dapat balik awal pukul tiga. Yang aku ni balik pukul lima. Yela kerja tak siap lagi. Jeles aku. Nak balik awal jugakkkkk. Tapi kerja tak siap lagi :(

     Bila dah pukul lima baru la dapat balik. Sedih. Hahaha Tapiiiii, kerja harini kena sambung esok,sebab still lagi tak siap. Bukan 1 or 2 je akaunnn. Macam macam. Tapi takpa. Sambung je esok. Asalkan dapat balik. Yeahhh!!!





Day 2

     Selasa, 24 October 2017. Okay hari ni cikmat ajar macam mana nk guna blogger ni.
Haa kalau nak tahu, aku bukan nye reti blogger blogger semua ni. Aku ni bukan nye kaki update ke apa. Kalau ada masalah ke, cerita ke, aku lebih kepada pendam.  Biar aku sorang ja tahu.

     Tapi disebabkan aku intern dekat MBC ni. Aku kena la belajar guna blogger ni. Almaklum laaa nanti cikmat nak hantar aku pi kursus blogger.

     Masa tgah kusyuk buat blogger tu, ada orang datang nak jumpa cikmat. Promote pasai depa punya business. Cenggini weh sempat jugak la diorang test staf cikmat. Kami diberi kertas then kena lukis kereta kebal. Ha terkial memasing nk lukis kereta kebal. Tapi bila dia tunjuk cara cara nak lukis kereta melalui laman web "drawzania" diorang tu, rupanya senang je nk lukis kereta kebal. Lima minit dah boleh siap!


Nah. ni hasil lepas tengok drawzania tu (gambar 2). Gambar 1 tu tak berapa nak  jadi sangat.


     Lepas buat benda tu,cikmat suruh staf syaf pos barang. Nak dijadikan cerita harini, masa tu cikmat balik makan. Aku dengan hajar je kat ofis. Elok tgah buat kerja, abang posmen datang nak ambil barang.  Apelagi,kami kabut la sebab ada yg tak print lagi.
Abang pos tu terpaksa la tunggu kejap. Then kami letak kertas yg print tu kat parcel. So setel. Sekali,bila cek balik, hajar tersalah alamat. Hahahah. Abang pos pulak dah blah. Hajar kejar pun tak sempat 

     Ha masing masing cuak da tersalah alamat. Nak taknak kena bgi tahu cikmat jugak. Kena marah, tak kena marah ke,tu belakang cerita. Huh. Nasib tak kena marah weyhhhhh. Hahaha 'MAAFKAN KAMI LAH YE CIKMAT"



day 1

     Isnin, 23 oktober 2017. pukul lapan sampai ofis .Cuma ada aku , Cikmat dan Faiz. bukan aku sorang je budak intern kat Mobile Book Cafe ( MBC ) ni. Ada budak intern lagi tiga orang daripada Kolej Mutiara dan UNIKL. Sorang perempuan, Hajar dan dua orang laki., Ajiq and Acap. Tapi hari ni budak-budak laki tu cuti. Pelajar intern tiga orang ni dah lama praktikal kat MBC ni. Awal bulan sebelas ni diorang habis.

     Sementara tunggu  Hajar sampai, aku borak borak la dengan Cikmat. Then Hajar pun sampai. WOW.. bukan beshe beshe Hajar ni. Lawa orang nya. hahah

     So ,arini bukan nak cerita pasal budak praktikal lawa. first day aku intern ,big bos aku terang kan sikit tentang organisasi syarikat TOMODACHI SDN BHD yg berkaitan dengan Mobile Book Cafe ni.

     Syarikat TOMODACHI SDN BHD merupanya banyak cabang.  Bukan jual buku je. Macam macam ada. Travel la,sewa kereta, tshirt la macam macam. Mobile Book cafe pulak ada 8 cawangan,  Kedah, kelantan, terengganu,  melaka, negeri sembilan, perak, selangor, and sentral.
      Dah setel terang pasal organisasi syarikat tu, cikmat suruh buat power point berkaitan apa yang dia terang. Bak kata cikmat, "buat tu biar lekat kat kepala, jangan masuk telinga kanan,keluar telinga kiri. Hahah.
      
       And aku nak bagi tahu, first day intern dapat balik awalllll. Seronok gile weyh.  Hahaha pukul empat cikmat bagi balik. jalan pun tak sesak . Bahagia sangat dapat balik awal. :D



Monday 23 October 2017

day 0

     Day 0, Ahad 22 oktober 2017. Hari pertama sebelum tarikh aku betul betul intern 23 0ktober 2017. Sebelum pukul 8 a.m aku dah kena smpai ofis sebab nak gerak ke KL untuk mengikuti bengkel ilustrasi buku cerita kanak-kanak  di Rumah Gapena. Disebabkan first day,bukan main awal aku gerak ke ofis pukul 7 a.m .

     Aku bergerak ke KL bersama En. Muhammad ( Cikmat ) iaitu merangkap sebagai big bos tempat pratikal aku  dan sorang lagi anak buah Cikmat, Faiz. Sampai  KL, jalan asal  ke rumah Gapena tutup, disebabkan ada aktiviti larian.  So, kami pun cari jalan alternatif lain. Berpusing berpusing jugak la kat KL tu sebab cari rumah Gapena.HAHA :D hampir satu jam berpusing akhir jumpa jugak rumah Gapena. HUH ..lega.

     Sampai je sana, sebelum bengkel bermula , kami makan makan bersama peserta lain. TERKEJUT jugak la aku bila tengok peserta peserta lain bukan calang calang orang. Ada yang cikgu, datin, dr. dan kebanyakkan mereka seorang pesara. Bukan nya saing saing aku and aku paling muda kat situ HAHA.

     Okay ape yang aku belajar dalam bengkel tu memang menarik . Antaranya panduan penerbitan buku bergambar. Apa yang aku belajar, cara nak buat buku, cara nak tulis buku and cara nak lukis watak watak mudah dalam cerita. Then , aku pun slow slow belajar la buat buku sikit sikit  walaupun tak berapa nak ada bakat menulis tu.hihihi seronok memang seronok. Lagi lagi bila kau tengok hasil peserta peserta lain gempak gempak gila.aku ni je yg terkial kial hahahha....

     So ape yang aku  dapat daripada pengalaman baru ni amat berpuas hati laa. .bukan je dapat belajar buat buku je sekaligus aku dapat jugak kenal dengan pelukis pelukis buku. Sekian TERIMA KASIH Cikmat bagi saya rasa pengalaman baru  :D



hasil kerja aku mengikuti bengkel ilustrasi buku cerita kanak-kanak.
 Takpa buruk asalkan ada usaha hahah :D





Bergambar bersama peserta bengkel sebelum balik


FAV SONG

                NAK BELANJA SIKIT LAGU FAV AKU HARI NI . SAMBIL SAMBIL BACA BLOG AKU NI, KORANG DENGAR LA LAGU NI.