Thursday 30 November 2017

FAV SONG



               
NAK BELANJA SIKIT LAGU FAV AKU HARI NI . SAMBIL SAMBIL BACA BLOG AKU NI, KORANG DENGAR LA LAGU NI.

Thursday 23 November 2017

DAYS 28

     Khamis 23 November 2017. Harini gerak pergi kerja naik Honda EX5. Selalunya aku naik motor LC. Motor LC tu ada problem sikit dekat break. So ayahanda beta mengarahkan untuk menunggang motor honda tersebut. HAHAH

     Okay hari kerja relax sikit. Aku pandai pandai la buat kerja sendiri. Cikmat ada suruh buat design untuk baju seperti yang Cikmat nak la, then aku pun try buat guna canva . Ambil masa jugak la nak buat benda ni. Tapi enjoy la jugak buat benda benda gitu sebab aku suka dengan benda gitu.




TAADAAAA... Benda ni la aku buat guna canva. silalah vote Yang mana satu lebih BOOKEBABOM


Wednesday 22 November 2017

DAYS 27

Rabu 22 November 2017. okay pagi ni sambung isi alamat cikgu yang kirim buku tu semalam, so setel kerja penghantaran ke sekolah tu. And harini cikmat buatkan sarapan roti bakar untuk aku. ROTI BAKAR KAYA. Sedap... haishh sesusah je cikmat buat semua tu. segan aku. Patu cikmat buat resepi roti bakar baru letak cheese campur kaya. KAU RASA?? HAHAHH. Btw roti bakar tu cikmat yang makan. aku just makan roti bakar kaya je.


TADAAAAA.... ni la hasil air tangan cikmat. asal nya ada empat keping tau. now tinggal satu je. ini pun roti resepi cikmat yang pelik tapi (bagi aku pelik la sebab tak pernah lagi nak buat mix macam tu) HAHA Laku keras roti cikmat buat ni. jangan pandang sebelah mata. bak kata omputih simple but nice gitu.....



     hari ni dapat payment dari sekolah segamat kecil, TAPI... Buku yang sekolah tu order kami tak buat lagi penghantaran. hebat betul cikgu tu. Berani dia buat pembayaran dulu. HAHAH ada bagus nya jugak. takpayah la tertunggu tunggu payment. selalu nya sekolah akan buat nota minta then kami bagi sebut harga. Bila setuju kami bagi invois then post buku tu baru buat pembayaran Sodisebabkan cikgu tu dah bayar, aku secara tak langsung kena cari 40 buku mustread campur dengan pts masa tu jugak. nasib order sekolah ni 40 buku je. boleh la aku handle sorang.HEHE. dah cari buku tu terus balut.cuma sangkut nya alamat nak send ke sekolah tu, sebabnya service pos laju tak smpai ke situ. yang ada pun service nationwide express dengan skynet je. cikmat kata cikmat tobat nasuha dah taknak pos guna skynet sebab dulu pernah ada kes barang hilang and barang tak sampai . So ambil langkah berhati hati la lepas kejadian macam tu supaya tak berulang kembali.



ha ni la 40 buah buku yang aku cari tu. ini 40 buah takpa lagi. yang semalam tu 100 buku beb.

Tuesday 21 November 2017

DAYS 26

Selasa 21 November 2011. pagi ni tak buat apa sangat just susun buku bertimbun kat kawasan cikmat selalu buat kerja.so kemas alih ke rak yang dekat cermin . so takde la berlonggok buku kat meja meeting.

Then tiba harini cikmat ajak aku pergi tengok jualan buku dekat UKM. bukan pesta buku just jemputan daripada UKM sempena conference law amenda tah. so MBCdan ITBM dijemout ke situ. sambil sambil tu lawat la cik halim menjual buku. lagi pun ada buku yang cikmat nak beli kat ITBM tu sebab ada buku yang sekolah nak takda kat ofis. so cikmat beli la kat situ.



ni aku belanja sikit gamba haa. yang atas Trak MBC. yang bawak trak ITBM.

     Kami balik dalam tengah hari macam tu la.. cikmat just hantar aku kat ofis then dia balik makan terus. lepastu lepas zuhur , cikmat datang balik ofis. lepastu petang punya kerja aku kena cari 100 buah buku mustread and pts dalam senarai yang sekoah order. buku ni cikgu nak sebelum cuti sekolah. so nak taknak pulun la cari buku buku tu. Awalnya aku sorang je cari buku buku tu,then disebabkan banyak lagi buku  yang aku tak jumpa, satu ofis tolong carikan sekali buku buku tu. termasuk la cikmat sekali tolong. HAHA. TERIMA KASIH JASAMU DIKENANG. disebabkan benda tu nak cepat, petang tu jugak aku dengan Faiz bungkus buku buku tu walaupun dah pukul lima. So harini balik lambat 30 minit . tapi takpelah kerja punya pasal aku okay je.. itu pun nasib ada faiz nak tolong bungkus kan, kalau tak lambat la kerja aku bungkus sorang sorang.. disebabkan aku nak balik, alamat sekolah aku tak isi lagi kat easy parcel. so aku sambung esok pagi. HIHIHI.

Monday 20 November 2017

DAYS 25

Isnin 20 November 2017. Hariniaku ada belajar dengan Faiz cara nak melukis digital guna photoshop. first try kekok la nak guna btw benda tu enjoy. tapi aku still tak proper aku lukis guna benda alah board hitam tu.



Haaa benda ni laa.. Nampak macam best. Tapi kalau first time guna gigil jugak la nak guna..

Lepastu harini packing 120 buah buku untuk penghantaran ke sekolah. banyak tu tak payah cerita laa. .. Dah biasa dengan kerja kerja macam tu semenjak intern kat sini. HAHA Tapi harini Faiz tolong balut sekali . Kalau takda dia , alamatnya aku sorang jela yang kena balut 120 buah buku tu.. Takdehal la broo. 


gamba yang ni dalam proses membungkus buku buku tu.




Saturday 18 November 2017

DAYS 24

     Sabtu 18 November 2017. pejam celik pejam celik hampir sebulan dah aku kat sini. harini cikmad sampai lambat. al maklum la semalam sambut cucu baru. TAHNIAH CIKMAD.. hari handphone sendiri tak bawak sebab mama aku nak pinjam . nak pinjam camera fon tu je sebenarnya. handphone oppo kan camera dia lawa. ceyhhh promote pulak. harini jugak hari gradusi adik aku yang kecik tu, hari graduasi prasekolah je. hmm kononnya nak pergi tengok sebab dia ada buat persembahan..,tapi tula hari sabtu kerja, tak dapat nak pergi tengok, mesti comel budak budak graduasi. Next time aku pulak. tapi lambat lagi nak kena tunggu lagi setahun beb.Grad April 2019.. herh. Btw harini cikmad balik rumah awal. maka tinggal la aku bertiga dengan Faiz and Abang Hanis.

Friday 17 November 2017

DAYS 23

     Jumaat,17 November 2017. Harini target tahu dah kena buat apa. kena buat quotation.Sebab semalam aku perasan kat telegram cikgu nak order buku. Tapi sebelum tu aku setel dulu customer aku punya order beli buku seram yang aku promote kat fb kelmarin. Alhamdulillah rejeki. Okay smbung balik cerita yang cikgu order tu, masyuk weh, dia order buku untuk pss jumlah dalam RM600. Banyak kann... So harini sekali gus belajar buat quotation yang berlain. benda simple nasib boleh follow buat benda alah tu. Btw harini cikmad bawakan aku bekal bihun goreng. SEDAP WEHHH orang rumah cikmad masak. makan bihun tu saja dah boleh buat aku kenyang beb.



Haaa benda ni laa yang aku buat tiga quotation tu. Cikmad saja suruh aku belajar buat. Nanti bila cikmat suruh buat tiga quotation takde la aku pelik kenapa nak quotation banyak, biasanya satu je tapi cikgu sekolah ni minta tiga quotation nak bandingkan harga kononnya....



Thursday 16 November 2017

DAYS 22

   
Khamis, 16 November 2017. Pejam celik , pejam celik, dah empat minggu kat sini. pagi ni gerak nak pergi ofis ada kemalangan lagi. tapi yang ni tak teruk mana pun. maybe cedera sikit. dekat traffic light jugak . But bukan traffic light yang semalam la. Itulaa.. penunggang motor ni risiko dia tinggi berbanding bawak kereta ni. So pesanan ikhlas dari saya ,untuk saya dan penunggang motor yang lain, berhati hati la memandu. Sebelum gerak jangan lupa baca doa .HEHE


Pagi ni aku kena list kan semua senarai harga buku buku dalam excel. cikgu order nak harga yang asal. Dia taknak harga diskaun. Haish pelik pelik jela. haha Bukan buku yang korang nampak dalam gmba tu je. Ada banyak lagi. Tapi sempat la buat benda ni, siap sebelum pukul 10. 

     Harini rasa lepu beb nak buat kerja. Tak sedap badan. Rasa nak demam pun ya. Tapi takpelah nak taknak kau kena kerja jugak. HAHA. Confirm malam ni aku terus tido lepas isyak .
   

Wednesday 15 November 2017

DAYS 21

     Rabu,15 November 2017. Harini masuk ofis tepat tepat pukul 8. Biasanya aku masuk sebelum pukul 8. Harini gerak lambat sikit dari rumah. Masa perjalanan nak pergi ofis tadi, ada kemalangan dekat Semenyih. Macam teruk. sebab tengok ada lori besar. Lepastu nampak tiang traffic light tumbang, lepastu tengok kat tiang tu macam someting tapi orang dah tutup kan. aku syak tu orang laa. maybe meninggal di tempat kejadian, sebab dihimpap traffic light tu. maybe traffic light tu lori besar tu yang langgar. Eeeee macam ngeri duh. tobat la aku kejap nak langgar traffic light. I mean bila traffic light still merah, aku jalan. Macam insaf kejap HEHE. So jangan contohi aku okay.

    Okay harini pagi pagi lagi orang whatsapp tanya buku seram yang aku update semalam kat fb. Alhamdulillah REZEKI pagi hari.


haa buku novel ni la yang aku update sebelum aku balik semalam,

     Korang pun kalau nak buku buku novel baru/prelove boleh roger aku. HEHE petang ni buat lagi projek bungkus buku. asalnya buku tu dah diposkan guna skynet. lepastu dia hantar separuh je. tak sampai ke pada customer. then cikmad suruh send balik kat Mobile Book Cafe. now pos guna pos laju je. Pos laju punya service memang terbaik. 



Tuesday 14 November 2017

DAYS 20

     Selasa, 14 November 2017. Harini masuk ofis lambat sikit. :( Pagi ni hujan rahmat dah turun start pukul 630 tadi. Nak redah karang tak pasal pasal kuyup je sampai ofis. Haritu pernah redah nak pergi kerja sekali. Bahaya weyh. Tayar motor hampir hampir tergelincir weh. Yela jalan licin. Aku bawak tak laju pun. Disebabkan maybe jalan tu turun bukit, lepastu aku brek. Tambah pulak jalan licin. Nasib aku pandai kawal. Kalau tak, jatuh dah tu. Alhamdulillah masih selamat hingga ke harini :)

     korang nak tahu aku gerak kerja pukul berapa?? PUKUL 12 TENGAH HARI WEHHHH... Itu pun masih hujan lagi. Hujan renyai . Tapi takpela aku redah jela ... redha... yela rasa sebe salah sangat sangat datang lambat. nak bawak kereta tak berani lagi. Rempit je mampu.

     So sampai je ofis tengok cikmat dah ada . Tengok kat atas meja ada parcel. Kesian cikmat kena buat kerja aku . Then tengok ada buku siap tersusun siap dengan siap timbang nye. buku buku sekolah order. Bila masuk ofis aku terus buat easyparcel untuk post buku yang cikgu tu order la. bila cikmat balik, aku bungkus buku buku tu. Nasib sempat la pos harini. REZEKI HARINI...


okay benda ni nak di pos ke sekolah. ni aku bungkus sorang sorang. power tak? Takdela power mana.. bungkus je pun.. hehe

Monday 13 November 2017

DAYS 19

     Isnin , 13 November 2017. Harini kat ofis aku dengan cikmat je ada. abang Hanis and Faiz pergi sekolah. Pagi lagi cikmat suruh aku buat quotation untuk sekolah simpang durian. and kesalahan yang sama aku buat. Quotation yg sampai kat email bukan quotation sekolah simpang durian, tapi quotation sekolah lain. So , buat balik quotation baru, just copy paste jela.

     Btw bulan ni dua tiga orang whatsapp tanya buku teks. Almaklumlaa, masing masing anak hilang buku teks. Biasa lah bebudak. Macam adik aku jugak lah tu. Minggu ni penghantaran buku teks. Bebudak semua nya dah habis periksa. Tinggal spm jela.

     So macam biasa harini tinggal ofis sekali lagi  cikmat pergi cari buku. Sambil tu aku kemas kemas jugak la ofis. Aku suka kemas ofis bila orang takda. Haha lepas pukul 2 lebih macam tu, cikmad balik. Nak tahu cikmat bawak balik apa selain buku?? Dia belanja aku starbuck guys.... aku mula tak perasan pun tu air starbuck. Bila dia suruh aku pilih nak hot chocolate or green tea baru aku perasan. Dua dua cawan tu cikmad letak nama "reen". Haish lawak la cikmat ni. And cikmad la orang pertama yang belanja aku starbuck and aku pulak baru first time minum air starbuck. Sedap rupanya. Patut la member asyik lepak situ. TERIMA KASIH YE CIKMAD BELANJA SAYA :D



     And korang nak tahu tak masa balik tu, aku terperangkap kat dalam lif. Boleh pulak lif tu bergurau dengan aku. Taknak buka pintu. Puas aku tunggu dalam tu. Boleh pulak memain. Aku tekan buka dia tak buka buka buka. Tiba lif tu naik tingkat atas pulak. Pastu dia turun balik. Haish buang masa dalam lif je. HAHA . Nak tahu ape sebab lif tu naik ke atas? Rupanya cikmat tekan button lif tu. Pintu tak buka buka tu memang problem. Lif naik ke atas balik tu, cikmat punca. Tapi alhamdulillah, selamat keluar lif setelah beberapa minit kemudian dalam lif tu .

Saturday 11 November 2017

DAYS 18

     Sabtu,11 November 2017. Harini rasa malas nak pi kerja . Biasa lah manusia. Mesti ada satu hari tu dia rasa malas bak buat apa apa  . Haha Btw takpe. Kita mulakan hari kita dengan senyuman :)

     Harini sempat jugak la kenal dengan wife cikmad . Cantik,comel orang nya  putih gebu pulak tu. Patut la cikmad tak pernah skip makan tengah hari kat rumah.  Haritu cikmad pernah bagi aku rasa masakan isteri dia. Sedap jugak la. Nasi goreng nenas. Haa korang pernah rasa ke? First time aku makan nasi goreng tu.

     So hari ni ada customer daripada sabah order buku. Banyak weyh dia order. Sebab dia ada kedai buku mini tak silap. Pastu dia order sekali buku seram untuk anak dia yang aku promote kat fb haritu. Banyak kali dia pesan kat aku jangan lupa buku seram tu pis sekali. Nanti anak dia kecewa kalau buku seram tu takda. Hahah. Macam macam hal. Hari ni je dah boleh kaut untung Rm600 . Banyak tu. Kalah untung pergi sekolah. Kalau ke sekolah untung dalam Rm500 cenggitu je. Tapi alhamdulillah syukur rezeki harini.

masyuk guys... Alhamdulillah :)

    
     Leka duk bungkus bungkus buku, tengok jam dah pukul 1 lebih dah. Harini balik dengan tenang guys. Cuaca pun okay. Kalau tak selalu dilwale tengah jalan raya tu :D

Friday 10 November 2017

DAYS 17

     Jumaat,10 November 2017. Harini sesi perkenalan budak intern baru. Tak sabar nak tunggu diorang datang .

     Tengah leka leka dok belek fon, ada orang tekan loceng. Yeahhh.. budak intern da sampai. Ain and atul. Sepatutnya nya tiga orang. Tapi sorang lagi Dayah dia tak sampai lagi. Dia datang pukul 9.
Sambil sambil nak tunggu cikmat sampai tu,aku saja saj borak dengan diorang. Tanya nama, dari mana semua tu la. Sepatah dua kata je. Heheh. Lepas tu , tiba cikmat sampai. so cikmat pun ajak berborak sesi suai kenal .

     Sorang nama Ain dan sorang nama Atul. yeahhh dapat kawan baru.. sebaya rupanya. Sorang banyank cakap, sorang biasa biasa biasa je. Okay lah tu banyak cakap. Takdalah ofis krik krik. Lepas ni ada la geng aku kalau nk borak ke apa. 

     Elok tengah sesi suai kenal tu, hidayah pun sampai. Kalau korang nak tahu, hidayah ni classmate aku waktu sekolah menengah. Tak sangka boleh jumpa kat tempat intern ni ha. Aku panggil dia dayah taiko. Sebab muka dia macam taiko kalau tak senyum .hahaha banyak benda nak sembang bila jumpa classmate . Perangai gila masing masing still tak ubah. Haha.




     Lepas ni takda la aku kesunyian lagi buat kerja. Ada jugak la geng. CEYHHH..Diorang datang just untuk intro company tu dekat diorang. So diorang lepas sesi suai kenal tu, diorang balik. So aku buat la kerja aku. Arini ni tolong cikmat cari buku yang irang nak. Punya la happy bila aku dapat jumpa buku yang orang nak. Hahaha. Leka punya pasal tak sedar nak pukul lima weh.. itu nasib baik la cikmat yg tegur nak dekat pukul lima. Lagi pun harini hujan lebat. Harini redah lagi hujan. Aku suka mandi hujan. Sebab tu aku tak kisah redah hujan. Btw kena lah hati hati ye. Risiko ti ggi ,jalan licin. Lagi lagi naik motor ni. So korang kalau nak redah hujan tu, jangan bawak laju laju ye. Bahaya. Senang cerita nak selamat tunggu hujan behenti ya. Biar lambat asal selamat.

Thursday 9 November 2017

DAYS 16

     Khamis,9 November 2017. Harini datang kerja macam biasa. tapi harini dari yang lain sikit. Bertambah krik krik la aku kat ofis ni. Sebab tiba je cikmat kata kejap lagi dia nak keluar. Abang Hanis and Faiz pi servis kereta. Aku? Kene jaga ofis sorang sorang. yela sat gi bila posmen datang sapa nak layan. ye dok?? nak taknak aku kena la tinggal ofis. Aku tak kisah pun tinggal ofis. lagipun kerja aku tak habis lagi weyh. List kan buku tu.

      Mengadap la aku dengan komputer tu. Nak list kan buku buku yg ada kat rak cikmat. Bukan sikit sikit buku tu. Kau kena senarai kan buku yg ada key in dalam excel. First aku nak buat benda tu memang rasa malas. Tapi bila kau dah mula buat benda tu, rasa enjoy pulak. Serious duh. Aku keluar kat buku dalam rak satu satu,then susun elok elok balik lepas keluar tu. Sebelum susun balik tu, snap gamb betul betul bagi clear gamba tu , bagi nampak dia punya judul buku. Sebab aku nak key in kan benda tu dalam sistem. So judul , penulis and penerbit mesti kena snap bg clear nampak semua tu.

   Asalnya cikmat suruh aku tulis satu satu tajuk buku tu dalam kertas, then key in dalam excel. Masalah aku ni, aku malas menulis. Dah la lama tak menulis. Hahah so rasa kekok nak tulis. Penat pun ya. So aku buat la cara aku , snap gamba je. Lagi pun aku malas buat dua tiga kali kerja ni. Hahah Takpelah asalkan kerja aku jalan. Aku harap dengan kerja kerja aku ni, dapat bahagia kan majikan. Insha Allah... :D

Wednesday 8 November 2017

DAYS 15

     Rabu, 8 November 2017. Harini kat ofis aku dgn cikmat je. Abang Hanis and Faiz pergi sekolah. Duk jela terperap kat dalam ofis tu.

     Harini aku plan nk list kan buku buku cikmat. Yang haritu punya kerja. Haritu just susun je. Now kena list pulak dalam excel. Kerja tetap kerja laa. So aku buat la kerja tu sampai kesudah. Itu pun banyak lagi yang tak sudah  nya. Hahaha

     Harini terkejut bila ada orang tekan loceng and rupanya Hajar. Dia singgah kejap jumpa cikmat sebelum dia bertolak ke ganu esok. hmm lepas ni rindu la lawak si hajar. Hahah Ingat kan last jumpa dia hari isnin.Kalau aku tahu dia nak datang harini aku fikir nak belikan maggie ramen untuk dia sbg hadiah hari perpisahan. Sebab haritu dia teringin nak sangat rasa ramen. Nak beli tapi takda jual yang sepeket. Last last tak dapat jugak nak rasa ramen tu. keisan hajar. Takpelah Hajar .. kalau ada rezeki jumpa aku belanja kau ramen. Hahaha
                   








Tuesday 7 November 2017

DAYS 14

     Selasa,7 November 2017. Selalunya balik dari ofis aku redah hujan. Kalini, nak pi ofis aku redah hujan. Nasib hujan renyai je. Aku ikut highway harini. Selalunya aku ikut jalan biasa. Kalau aku ikut jalan biasa waktu waktu hujan macam ni,confirm merecik recik air lopak kena kat aku. Maklumla... aku ni tahu rempit je naik motor. Senang sikif mencelah.cepat sikig sampai ofis. Takdalah nak kena hadap jem.

     Pagi ni Cikmat lambat sikit masuk ofis. Sebab pergi Putrajaya. Si Faiz dengan Abang Hanis pi sekolah jualan buku. Tunggu Ajib pulak tak sampai sampai lagi. Mentang mentang laa dah last day dia. So nak taknak aku sorang jela kat ofis ni..haishhh senyap je ofis ni takda diorang.. KRIK KRIK

     Selalunya bungkus-bungkus buku ni acap tolong aku. Hari ni aku buat sorang. Tapi okay je. Takda masalah. Cuma suasana riuh tu dah takda da. Hahah


     

Monday 6 November 2017

DAYS 13

     Isnin,6 november 2017. Okay harini hari last Hajar and Acap. Lepas ni susah dah nak jumpa diorang. Masing masing duduk jauh. Lepas ni rindu la dengan telatah masing masing. Lagi lagi si Acap yang masuk air.

     Pagi pagi ni Cikmat takda. So aku dengan Hajar je ada. Pukuk enam Cikmat dah gerak ke sekolah Kelang dengan Acap, Faiz, and abang Hanis. Si Ajib?? Haa macam biasa lah sorang tu. Dah bangun pukul empat, pastu pi sambung tido balik. Last last terlajak tido, kena tinggal.

     So dah alang-alang orang laki laki takda. Aku kemas la ofis sikit sikit. Buat mana yang mampu jelaaa...then lepas kemas tu aku buat la kerja aku. Cikmat bagi arahan dalam whatsapp je suruh aku buat quotation. Harini fail buat quotation. Tiga kali aku hantr kat email. Salah. Hahah. Sudahnya tunggu cikmat balik ofis je.

     Tengah hari tu, Cikmat balik dari Kelang, cikmat belanja makan. Rezeki lagi harini ada orang belanja makan. Alhamdulillah.

     Sebelum balik tu bincang sempoi sempoi aku,cikmat,ajib, and acap. Bincang pasal plan mobile book cafe akan datang. Cikmat nak improve bab jualan online. Jimat la kos pengangkutan, pengorbanan nak bangun pagi semua tu. Sekarang kan zaman teknologi. Semua benda di hujung jari guys..So sambil-sambil nk tunggu pukul lima tu, kami bincang la pasal tu. Nasib harini balik tak kuyup.

Saturday 4 November 2017

DAYS 12

     Sabtu,4 November 2017. Harini cikmat kata meeting akhir untuk budak intern yang daripada Kolej Mutiara tu. Dan ini meeting pertama aku kat sini. Meeting santai santai jee..

     Then cikmat tanya sorang sorang apa yang kami nak belajar . Cikmat tanya aku,aku tak reti nak jawab apa. Aku jawab je aku nak belajar apa yang cikmat nak ajar.

     Sambil sambil tu cikmat bagi sikit ucapan akhir untuk diorang. Semoga berjaya diluar sana,ape semua tu and... nanti tinggal la aku sorang budak intern... ;(

     Dah alang alang semua ada. Cikmat belanja kfc harini . Yeahhh. Pergi rempit dengan acap beli kfc dekat metro kajang. Alhamdulillah rezeki harini dapat makan kfc  hehehe Tak sempat nak bergambar untuk last day diorang. yelah ada yang kalut nak balik ada yang lapar. Aku la salah sorang tu. Hahah

Friday 3 November 2017

DAYS 11

     Jumaat,4 November 2017. Pagi ni gerak ke ofis ,aku ditegur oleh seorang uncle india kat trafik. Dia tanya aku kemana pepeagi ni.Aku pun jawab la pergi kerja la uncle. Uncle tu nak pi hantar anak dia ke sekolah sebab aku nampak sorang budak laki pakai baju sekolah kat belakang dia.

     hari ni kerja aku semak balik fail jualan harian (LO) sebab esoknya bos nak buat meeting akhir untuk pelajar intern Kolej Mutiara. Diorang habis intern minggu depan. Sedihnyaa ;( Nanti tinggal la aku sorang budak intern kat sini. Tapi takpe Nanti ade budak intern baru datang 27 November ni. ada la aku geng nanti. Budak intern baru tiga orang ang Cikmat cakap tiga tiga tu perempuan. YEAHH.!

     So dalam meeting nanti aku kena sediakan laporan kewangan untuk LO. Berapa duit LO yang keluar dan berapa duit yang dah bayar and yang belum bayar. benda tu la yang aku sediakan. Memasing ada tugas masa meeting esok. Abang Hanis sediakan laporan kewangan kutipan hasil yang dapat. Hajar kena sediakan laporan kutipan wang untuk jualan online. Faiz pulak kena sediakan buku terbitan MBC.





benda ni la yang aku kena buat untuk esok

Thursday 2 November 2017

DAYS 10

     Khamis, 2 November 2017. Pagi ni aku kena ikut cikmat pergi Melaka jumpa orang MBC dekat Melaka. Cikmat bawak Encik Halim jugak daripada MBC Negeri Sembilan. So aku, Cikmat and Encik Halim gerak dari sini pukul 8 pagi . kami sampai melaka pukul 10 lebih  macam tu laa.

     Sampai Melaka, kami just bincang dekat kedai makan je. Kedai makan yong taufu. Situ yong taufu dia memang sedap gila. Sup yong taufu dia memang power.

     Owner MBC Melaka dikenali sebagai kak Seri. Dia la yang handle MBC kawasan Melaka. Dalam perbincang dia tu ,dia offer kan diri untuk buat marketing. Kak seri ni jugak ada cerita pasal  persaingan dia kat sini ialah orang cina. Aku duk pasang telinga je la dgar diorang bincang pasal business.


dari kanan Kak Seri, tengah ,Cikmat dan kana , Encik Halim


haa ni tempat MBC Melaka. Sewa rumah untuk buat business buku ni. Luas pun luas. Tapi Insha Allah, kak Seri kata nanti nak sewa kedai.



FAV SONG

                NAK BELANJA SIKIT LAGU FAV AKU HARI NI . SAMBIL SAMBIL BACA BLOG AKU NI, KORANG DENGAR LA LAGU NI.