Monday 13 November 2017

DAYS 19

     Isnin , 13 November 2017. Harini kat ofis aku dengan cikmat je ada. abang Hanis and Faiz pergi sekolah. Pagi lagi cikmat suruh aku buat quotation untuk sekolah simpang durian. and kesalahan yang sama aku buat. Quotation yg sampai kat email bukan quotation sekolah simpang durian, tapi quotation sekolah lain. So , buat balik quotation baru, just copy paste jela.

     Btw bulan ni dua tiga orang whatsapp tanya buku teks. Almaklumlaa, masing masing anak hilang buku teks. Biasa lah bebudak. Macam adik aku jugak lah tu. Minggu ni penghantaran buku teks. Bebudak semua nya dah habis periksa. Tinggal spm jela.

     So macam biasa harini tinggal ofis sekali lagi  cikmat pergi cari buku. Sambil tu aku kemas kemas jugak la ofis. Aku suka kemas ofis bila orang takda. Haha lepas pukul 2 lebih macam tu, cikmad balik. Nak tahu cikmat bawak balik apa selain buku?? Dia belanja aku starbuck guys.... aku mula tak perasan pun tu air starbuck. Bila dia suruh aku pilih nak hot chocolate or green tea baru aku perasan. Dua dua cawan tu cikmad letak nama "reen". Haish lawak la cikmat ni. And cikmad la orang pertama yang belanja aku starbuck and aku pulak baru first time minum air starbuck. Sedap rupanya. Patut la member asyik lepak situ. TERIMA KASIH YE CIKMAD BELANJA SAYA :D



     And korang nak tahu tak masa balik tu, aku terperangkap kat dalam lif. Boleh pulak lif tu bergurau dengan aku. Taknak buka pintu. Puas aku tunggu dalam tu. Boleh pulak memain. Aku tekan buka dia tak buka buka buka. Tiba lif tu naik tingkat atas pulak. Pastu dia turun balik. Haish buang masa dalam lif je. HAHA . Nak tahu ape sebab lif tu naik ke atas? Rupanya cikmat tekan button lif tu. Pintu tak buka buka tu memang problem. Lif naik ke atas balik tu, cikmat punca. Tapi alhamdulillah, selamat keluar lif setelah beberapa minit kemudian dalam lif tu .

No comments:

Post a Comment

FAV SONG

                NAK BELANJA SIKIT LAGU FAV AKU HARI NI . SAMBIL SAMBIL BACA BLOG AKU NI, KORANG DENGAR LA LAGU NI.